Wednesday, 30 March 2016

KEMBARA EL-FATEH BIRO AL-INSYIRAH 2016

KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
&
 KOLEJ VOKASIONAL KLUANG



1.0 PENDAHULUAN

Biro Al Insyirah merupakan satu pertubuhan yang diwujudkan di Kolej Vokasional Beaufort untuk membantu melancarkan kegiatan keagamaan disamping memberi bimbimgan kepada rakan sebaya berkenaan tatacara dalam menjalani kehidupan sebagai mukmin profesional. Maka dengan hasil perbincangan Biro Al Insyirah telah berkenan untuk membuat satu kembara di semenanjung Malaysia yang dinamakan sebagai ‘KEMBARA EL FATEH’. Dalam kembara ini kami akan bekerjasama dengan kolej vokasional yang terlibat untuk memudahkan urusan. Selain itu kami juga turut berpeluang untuk menyertai sebarang program yang telah dibincangkan agar ilmu yang sedia ada dapat ditambah dan disampaikan sekembalinya kami ke Kolej Vokasional Beaufort.


2.0 RASIONAL

Rasional program ini diadakan adalah untuk menyemai akhlak pelajar Kolej Vokasional Beaufort untuk bersungguh-sungguh dalam mencari dan menuntut sebarang ilmu yang baik di muka bumi kerana itu Biro Al Insyirah bersepedapat peruntukkan kewangan bagi yuran aktiviti dan penerbangan pergi-balik ditaja sendiri oleh pelajar yang ingin menyertai program sahaja. Ini akan lebih bermakna kerana mereka menggunakan hasil kewangan yang tidak akan dibazirkan secara sia-sia


3.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan pihak tuan dalam menjalankan program ‘KEMBARA EL FATEH’


4.0 OBJEKTIF

4.1  Mendekatkan persaudaraan antara kolej-kolej vokasional Malaysia
4.2  Membuka minda pelajar agar terbiasa dengan situasi sebenar di semenanjung
              Malaysia
4.3  Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam menjalankan sebarang program
              yang bermanfaat untuk masyarakat sekeliling
4.4  Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti
              serta saling mendekatkan diri dengan masyarakat
4.5  Memupuk sifat menyimpan dan mencari sumber kewangan untuk bergiat dalam
              sebarang program
4.6  Memberi peluang kepada pelajar agar bijak dalam menyelesaikan masalah yang
              timbul dan diperbaiki secepatnya
4.7  Menekankan bahawa menuntut dan meyebarkan ilmu itu adalah satu kewajipan
              umat islam
5.0 TEMA

FASTABIQUL KHAIRAT”
Bersegera dalam membuat kebaikan


6.0 ANJURAN

6.1 Biro Al Insyirah Kolej Vokasional Beaufort

7.0 ORGANISASI DAN BIDANG TUGAS

7.1 Sila rujuk lampiran 1

8.0 TARIKH

8.1 9 mac - 22 mac 2016

9.0 SASARAN

9.1 Kolej Vokasional Beaufort (sila rujuk lampiran 2)
9.2 Kolej Vokasional Mad Zin, Melaka
9.3 Kolej Vokasional ERT Azizah
9.4 Kolej Vokasional Kluang
9.5 Kolej Vokasional Gombak


10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

10.1 Sila rujuk lampiran 2

11.0 TENTATIF PROGRAM

11.1 Sila rujuk lampiran 3

12.0 PENUTUP

Semoga dengan terlaksana program seperti ini akan dapat mengukuhkan akidah islam yang sebenar sebagai graduan Kolej Vokasional dalam mendepan cabaran arus kehidupan hari ini dan melahirkan golongan mukmin yang berkemahiran agama dan bidang yang diterokai.